Monday, 15 August 2011

Penentangan Gagasan MALAYSIA


PENENTANGAN GAGASAN MALAYSIA

1. Filipina 
Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia
Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.
PENUTUP 
Semua pemimpin dan rakyat Malaysia pada hari ini sewajarnya tidak mengenepikan sejarah dan menghargai perjuangan anak bangsa sehingga Malaysia tertubuh. Kenapa Hari Malaysia tidak mendapat tempat dalam kalendar negara (cuti umum seluruh negara)? Adakah sengaja dilupakan atau tidak mahu rakyat tahu apa hak mereka sebagai rakyat Malaysia sebenarnya.
Nota: Para pemimpin Semenanjung Malaysia (Malaya), Sabah dan Sarawak, janganlah menodai perjanjian yang sudah dimeterai dan membelakangkan hak dan kuasa rakyat, kerana sesungguhnya Malaya, Sabah, dan Sarawak yang membentuk Malaysia Hari Ini.http://kimaragangwagu.blogspot.com/2009/09/edisi-khas-sejarah-pembentukan-malaysia.html

Sejarah Pembentukan Malaysia


Pengenalan

Selepas Perang Dunia Kedua, pihak Inggeris, Ketua Menteri Singapura dan tokoh-tokoh politik Semenanjung Tanah Melayu telah mencadangkan gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Walaupun ada beberapa cadangan, penubuhan Malaysia menjadi realiti apabila Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj dalam upacaranya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Singapura pada 27 Mei 1961 mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak disekutukan menjadi sebuah persekutuan. Cadangan ini menjadi titik permulaan penting bagi penubuhan Malaysia. Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963.

Faktor-faktor
Ada beberapa faktor yang menyebabkan penubuhan Malaysia. Antaranya ialah:

Perkembangan Polisi di Singapura
·Pembentukan Malaysia bertujuan menentang kegiatan Komunis.
·Komunis telah merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat yang menguasai Singapura
sejak tahun 1959.
·Perkembangan pengaruh Komunis di Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman.
Beliau bimbang pengaruh Komunis akan merebak ke Tanah Melayu dan Singapura dan akhirnya
dikuasai oleh Komunis.

Perkembangan Politik di Sarawak
·Pengaruh Komunis berkembang di Sarawak.
·Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan Komunis ditubuhkan.
·Pertubuhan Komunis Sulit – Persatuan Belia Maju Sarawak bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani.

Keseimbangan Kaum
·Penggabungan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah.
·Ketidakseimbangan kaum kerana 75% penduduknya terdiri daripada kaum Cina.
·Perkembangan ini akan menggugat kedudukan dan keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu.
·Tunku Abdul Rahman mencadangkan kemasukan wilayah-wilayah Borneo yang mempunyai kaum Bumiputera yang ramai untuk mengimbangi kadar kaum di Malaysia.

Kemajuan Ekonomi Bersama
·Perkembangan ekonomi tidak seimbang di wilayah-wilayah Borneo, Tanah Melayu dan Singapura.
·Penubuhan Malaysia yang meliputi wilayah-wilayah tersebut akan mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi.

Mempercepatkan Kemerdekaan
·Wilayah-wilayah Borneo dan Singapura belum mencapai kemerdekaan ketika cadangan penubuhan Malaysia.
·British berjanji akan memberi kemerdekaan awal sekiranya wilayah-wilayah Borneo dan Singapura bercantum dengan Tanah Melayu membentuk Semenanjung Malaysia.

Reaksi Sinagpura, Sabah dan Sarawak
·Pungutan suara menunjukkan 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia.
·Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menentang Gagasan Malaysia.
·Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel telah diadakan untuk memberi peluang kepada wakil-wakil Sabah dan Sarawak berbincang tentang Gagasan Malaysia dengan wakil Tanah Melayu dan Singapura.
·Persidangan ini telah melahirkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia untuk memberi penerangan dan mengumpul maklumat mengenai penubuhan Malaysia.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
·Ditubuhkan pada 23 Julai 1961.
·Tujuan JPPM ialah
a. Memberitahu orang ramai tentang penubuhan Malaysia.
b. Mengumpul maklumat mengenai sambutan orang ramai terhadap penubuhan Malaysia.
c. Menyediakan dan mengemukakan satu memorandum mengenai pembentukan Malaysia.
d. JPPM meyakinkan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan Malaysia.
e. Memorandum JPPM mendapat sokongan padu daripada penduduk Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Cobbold
·Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London pada bulan Oktober 1961 untuk mendapatkan sokongan Kerajaan British.
·British bersetuju dengan penubuha Malaysia tetapi hendak mengumpulkan pendapat dan sambutan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap Malaysia.
·Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan oleh British untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor-syor perlembagaan setelah mendapat pandangan rakyat.
·Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan mengesahkan bahawa 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia.
·Jawatankuasa Cobbold telah mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk merangka Perlembagaan Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
·JAK mengeluarkan laporan pada 27 Februari 1963 dan dibentangkan di Majlis Sarawak dan Sabah.
·Kedua-dua Majlis menerima dan meluluskan laporan JAK dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963.
·Mengikut laporan PBB, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.

Penutup
·Pengisytiharaan Malaysia dibuat secara rasminya pada 16 September 1963.
·Hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
·Walau bagaimanapun, pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan penarikan Singapura dari Malaysia.
·Akhirnya Malaysia hanya terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Sumber:
http://www.geocities.com/cominglucky/s6tema3.htm